Cerita Cari Nama Blog Yang Sesuai 2
Domain adalah nama yang mewakili sesuatu laman web. Menurut pendapat beberapa orang pakar yang sudah lama berkecimpung dalam dunia blogging, nama domain ternyata dapat mempengaruhi traffic pengunjung. Maksudnya, nama domain yang dapat menerangkan keseluruhan isi (konten) laman web atau blog akan mempunyai kedudukan yang lebih baik di search engine. Jika blog kita memiliki kedudukan yang strategik di search engine tentu kita akan senang ditemui melalui search yang dilakukan dan tentu sekali blog atau laman web kita akan mendapat kunjungan yang ramai.
Melalui pengalaman saya selama ini, tanpa saya sedari blog saya ‘halaman cari duit’ mempunyai kedudukan yang agak tinggi di Google Search. Kalau anda menggunakan searh engine Google dengan menggunakan perkataan ‘halaman cari duit’ anda akan dapati ia terletak dalam kedudukan yang strategik.
Belajar dari pengalaman ini, itulah sebabnya nama domain bagi blog ini seperti yang ada sekarang. Bagaimanapun ini adalah merupakan suatu kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku. Nama domain dan tajuk blog amat berbeza. Nama domain yang saya gunakan ialah cariduitsite, manakala nama blog ini pula ialah ‘cerita blog’. Kalau anda mencari blog saya ini dengan menggunakan carian Google berdasarkan kata kunci ‘cerita blog’, anda akan dapati dia agak jauh kebelakang (3 muka surat kebelakang); jauh bezanya dengan blog halaman cari duit yang saya sebutkan itu. Kalau melihat kepada kedudukan ranking Alexa pun anda akan ternampak terlalu jauh sangat bezanya.
Apakah saya perlu meminda nama blog dan menghapuskan semua artikel yang saya tulis dalam blog ini? Saya rasa tidak perlu saya berbuat begitu. Saya akan cuba terus menulis artikel-artikel yang berkaitan dengan blog dan laman web seperti yang tertera pada nama blog ini. Saya akan ceritakan segala yang berkaitan dengan blog dan laman web sebagaimana telah saya putuskan sebelum ini kerana itu adalah minat dan pengalaman saya selama ini. Cuma kalau ada seaiapa yang ingin mempunyai blog sendiri, ini adalah satu pengalaman untuk dijadikan pertimbangan dalam memilih nama domain bagi blog yang akan dibina nanti.








