Kursus Percuma? 8
Cerita blog kali ini ialah tentang kursus percuma yang dihantar terus ke email peserta. Tajuknya ialah Cara Bina Blog Wordpress. Asalnya idea ini datang daripada beberapa orang pembaca blog ini yang menghubungi saya secara terus menggunakan kontact me yang terdapat dalam blog tersebut. Saya tidak pasti tentang berapa ramai yang masih berminat dengan topik ini kerana sebenarnya subjek ini banyak sekali diperkatakan.
Bagaimanapun setelah memikirkan secara mendalam; saya memutuskan untuk mendapatkan pandangan pembaca terlebih dahulu sama ada patut ke tidak kursus percuma ini saya jalankan secara email dan tanpa mengenakan sebarang bayaran. Kalau berbaloi saya akan buat. Kalau tak berbaloi, saya akan ketepikan idea ini.
Justeru itu artikel ini saya tulis dengan harapan mendapatkan maklum balas daripada anda semua. Sila berikan pandangan anda secepat yang mungkin. Saya tidak keberatan menerima apa jua pandangan anda sama ada ia positif ataupun negatif. Jangan spam sudahlah………








