Pilihan Cara Memasang Wordpress
Cerita blog kali ini ialah tentang cara memasang blog Wordpress. Yang pertama ialah memasang blog Wordpress melalui cPanel domain hosting kita. Pengalaman saya, cara ini agak senang kerana kita tidak perlu menggunakan FTP. Apa yang penting ialah semasa kita menyewa hosting, kita perlu memastikan bahawa hosting tersebut ada cPanel dan Fantastico. Sungguhpun kebanyakan server yang menggunakan cPanel biasanya siap terdapat Fantastico tetapi kalau kita nak menggunakan Wordpress lebih baik perkara ini dipastikan terlebih dahulu.
Ini bukan bererti tanpa Fantastico kita tak boleh install Wordpress pada domain kita. Wordpress masih boleh dipasang tetapi secara manual. Maksudnya kita kena download dulu Wordpress terkini dan simpan di komputer kita. Kemudian kita perlu siapkan database MySql untuk menerima Wordpress yang akan kita pasang. Setelah itu Wordpress yang kita download tadi perlu dibuka dan dibuat beberapa pindaan terlebih dulu. Hanya setelah dipastikan pindaan telah dibuat mengikut arahan-arahan yang tertentu; baru kita boleh upload folder Wordpress tersebut ke server menggunakan FTP . Secara detail saya telah terangkan cara ini dalam artikel saya ‘pengalaman- install- wordpress’.
Justeru itu sekiranya kita nak gunakan Wordpress sebagai platform blog kita; adalah lebih mudah semasa kita mencari dan memilih hosting untuk disewa tersebut; kita pilih saja yang menggunakan cPanel dan mempunyai Fantastico.










