Kali ini tajuk artikel ini adalah ‘percuma’.  Kenapa ? kerana saya sendiri pun sangat tertarik dengan perkataan ‘percuma’ ini. Dengar perkataan ‘percuma’ saja, keinginan untuk tahu itu membuak-buak.  Mana tidaknya? Perkataan percuma itu memberikan implikasi bahawa ia tidak melibatkan duit keluar daripada poket kita.  Apatah lagi kepada seorang ‘newbie’ seperti saya ini – baru sahaja nak berjinak-jinak dengan perniagaan di internet; seboleh-bolehnya saya cuba untuk mengurangkan kos yang terlibat.  Kalau boleh semuanya saya nak dapatkan percuma. Itulah yang terjadi semasa saya mula melibatkan diri dengan internet di awal tahun 2006 setelah berhenti kerja makan gaji.

Memang benda-benda yang ‘percuma’ ini tidak dapat memenuhi keperluan saya.  Ada sahaja batas-batas yang tidak menyenangkan saya tetapi itulah hakikatnya yang harus dipatuhi.  Bagaimanapun saya secara jujur mengakui bukan ia tidak berguna langsung. Ia masih berguna dalam batas-batas yang telah ditetapkan itu.  Ia masih merupakan satu pengalaman yang berguna kepada saya. Kata orang, kalau tak cuba sendiri mana nak tau buruk baiknya. Justeru itu saya banyak juga mencuba produk dan perisian  yang percuma ini. Cuma saya kena akur bahawa ia juga melibatkan masa yang banyak terbuang mencari-cari keperluan yang saya mahukan.

Saya pernah belajar menyediakan laman web percuma dengan menggunakan Yahoo Geocities sebelum ini. Saya juga pernah menggunakan laman web percuma cjb.net .  Anda boleh mengalami sendiri apa yang saya maksudkan dengan batasan-batasan yang dikenakan oleh penyedia-penyedia laman web percuma ini.  Satu contoh yang paling ketara ialah Yahoo Geocities telah pun berhenti daripada menyediakan laman web percuma.  Kalau kita masih mempunyai laman web dengan mereka bermakna kita kena memindahkan laman web tersebut ke tempat lain. Ini juga merupakan satu kesukaran yang harus dialami oleh sesiapa yang suka menggunakan perkhidmatan laman web percuma ini.

Satu lagi penyedia laman web percuma yang saya rasa agak baik dan boleh memenuhi banyak kriteria-kriteria keperluan saya ialah 000webhost.com. Kalau anda cari melalui Google Search dengan menggunakan katakunci ‘free web hosting’; anda akan dapati ia menduduki tempat ketiga dari segi  search ranking. Antara kelebihan-kelebihan yang memenuhi kepeluan saya ialah disk space yang disediakan ialah CPanel Linux, 1,500MB,100GB bandwidth, ada Msql Database walaupun terhad kepada 2 sahaja bagi akaun percuma. Bagaimanapun ia tetap merupakan laman web percuma yang mempunyai batasan-batasan tertentu yang tidak dapat memenuhi keperluan kita yang spesifik.

Related Posts with Thumbnails
  • Share/Bookmark