Pengalaman Install Wordpress
Setelah saya pastikan perkara-perkara yang mesti ada pada server laman web saya dah bertepatan, saya mula muatturun pakej Wordpress terkini daripada laman web di http://wordpress.org/. Pakej ini tersimpan dalam bentuk zip file di komputer saya.
Langkah kedua ialah saya sign masuk ke Cpanel server. Tujuannya ialah untuk pergi ke bahagian Msql Database. Di sini saya bina dan namakan database yang diperlukan untuk kegunaan Wordpress tersebut. Satu hal yang penting di sini ialah saya juga kena tentukan saya boleh access database ini secara mutlak dengan menggunakan username dan password yang khusus.
Seterusnya saya buka zip file Wordpress, pinda beberapa perkara penting dalam file wp-config-sample.php dengan menggunakan notepad atau wordpad sebelum ditukarkan nama fail tersebut kepada wp-config.php. Langkah seterusnya ialah muatnaik folder Wordpress tadi terus ke lokasi subdomain server saya. Ini terpulang kepada kita sama ada kita nak letak Wordpress tersebut di domain itu sendiri ataupun subdomain. Cuma saya pilih subdomain dan saya namakan folder tersebut sebagai blog.
Itulah cara mudah bagaimana saya membina blog saya menggunakan Wordpress. Cuma apa yang perlu dipastikan lagi ialah sama ada apa yang saya buat tadi betul ataupun tidak. caranya ialah dengan menaip http://blog.namadomain.com/wp-admin/install pada browser atau http://www.namadomain.com/wp-admin/install (bagi yang meletakkan Wordpress pada domain). Sekiranya langkah-langkah yang diambil tadi betul, laman web Wordpress yang meminta dimasukkan nama dan password anda akan keluar pada skrin.
Andainya ia berlaku sebaliknya bermakna ada kesilapan dilakukan semasa database Msql dibina tadi atau ada kesilapan pada pindaan fail yang dilakukkan sebelum ini.
Dengan langkah-langkah tersebut diatas laman blog Wordpress telah tersedia untuk tindakan pengisian seterusnya.









Tahniah!
Salam perkenalan dari saya Nabieel
Wordpress kerap upgrade oleh itu bro kena selalu check di bahagian admin wordpress
PS : Wordpress boleh install secara automatik. Ia mengambil masa kurang dari 5 minit.
Terima kasih sdr Nabieel. Kadang-kadang saya sengaja tak nak upgrade walaupun saya tahu ia amat senang. Boleh upgrade
secara auto