Panduan bina laman web Nvu
Maaf kepada mereka yang cuba mencari melalui carian Google dengan menggunakan perkataan di atas. Memang subjek tersebut merupakan salah satu subjek artikel saya sebelum ini. Tetapi blog panduan tersebut telah kena ‘hack’ dan saya telah gantikan dengan blog ini dengan tajuk yang berbeza. Insyaallah akan saya masukkan balik tajuk itu untuk faedah mereka yang ingin membina laman web sendiri menggunakan perisian percuma Nvu.
Perisian percuma Nvu adalah ‘open source’ yang mudah digunakan untuk membina laman web tetapi tidaklah secanggih Dreamweaver. Ada orang yang suka menggunakan Nvu dan ada pula yang lebih suka Dreamweaver tetapi Dreamweaver bukannya percuma. Bagaimanapun bagi mereka yang belum tahu bagaimana nak bina laman web sebelum ini dan ingin mencuba, saya rasa Nvu merupakan editor laman web yang mudah dipelajari. Anda tak perlu tahu html (kalau tau lagiler bagus ..) cuma boleh terus buat ‘table’ dan kemudiannya terus tulis apa yang hendak ditulis. Kemudian masukkan gambar dan sebagainya. Selesai sahaja boleh terus lihat hasil kerja kita kat browser.
Saya akan cerita lagi secara lebih detail mengenai cara menggunakan perisian Nvu ini dalam artikel saya yang akan datang.








