lawatan-blog

Kali ini mari kita bincang mengenai melawat blog orang lain atau dipanggil blog walking. Sama ada blog orang lain itu merupakan blog kawan yang kita kenali atau tidak bukanlah satu faktor yang perlu dipertimbangkan. Malahan walaupun blog itu tidak kita kenali, saya rasa sudah sepatutnya dilawati kalau kita ingin melihat perkembangan blog terkini. Banyak perkara yang boleh kita lihat pada blog-blog tersebut. Daripada aspek platform blog, rekabentuk dan plugins yang digunakan sehinggalah kepada kandungan blog itu sendiri.

Anggaplah lawatan blog itu sesuatu yang bermakna kepada kita. Bukan sekadar untuk menambah kenalan sebagai rakan blogger tetapi juga untuk meninjau bagaimana blog tersebut dibina. Blog tersebut mungkin mempunyai sesuatu keistimewaan yang boleh dicontohi atau sekurang-kurangnya mungkin mengandungi info atau artikel yang berguna kepada kita.

Apatah lagi sekiranya lawatan blog yang mempunyai niche yang berkaitan dengan blog kita; ia bukan sahaja membolehkan kita meninjau sejauh mana ulasan tentang sesuatu aspek itu buat berbanding dengan apa yang telah kita buat setakat ini. Mungkin ada aspek yang masih perlu diulas secara lebih terperinci atau mungkin juga ada maklumat tambahan yang perlu kita ketahui. Meninggalkan komen yang konstuktif mengenai mana-mana artikel yang ada di situ adalah amat dialu-alukan. Yang penting sekali ialah kalau kita dapat menyumbang idea yang berguna diblog tersebut. Idea dan komen yang berguna akan mendatangkan ‘backlink’ kepada blog kita.Jangan sekali-kali ‘spam’ blog tersebut kalau kita memerlukan blog kita dikenali dan dikunjungi orang ramai.

Dengan meninggalkan komen diblog yang dilawati, memungkinkan adanya kunjungan balik dari si pemilik blog ke blog kita.Semakin banyak komen yang kita tinggalkan di blog-blog yang kita lawati, faedahnya ialah semakin ramai trafik blog kita. Semakin ramai trafik blog kita, kemungkinan blog kita dilink oleh orang lain akan bertambah. ‘Inlinks’ blog kita meningkat memungkinkan ‘pagerank’ blog kita juga meningkat. Apabila ‘pagerank’ blog kita meningkat, ia akan memudahkan blog kita muncul di enjin carian. Ini adalah sebab akibat yang terus-terusan berlaku.

Bagaimanapun ia bukanlah satu-satunya jalan untuk meningkatkan ‘ranking’ blog kita. Banyak perkara-perkara lain lagi yang perlu dibuat seperti artikel yang diterbitkan secara konsisten, segera nenjawab komen-komen yang diberikan dan beberapa hal lain yang berkaitan dengan ‘search engine optimization’. Bagaimanapun tujuan artikel ini adalah untuk menekankan bahawa lawatan blog orang lain adalah salah satu cara penting untuk menambah trafik.

GHTime Code(s): nc 
Related Posts with Thumbnails
  • Share/Bookmark