Nak Tambah Pelawat ?
Anda mempunyai blog yang menarik samalah seperti anda mempunyai kedai atau mall yang menarik. Tidak bermakna apa-apa sekiranya pengunjung tersebut berkunjung sekadar untuk memenuhi kepuasan ingin tahu mereka sahaja tanpa membeli sebarang produk daripada anda.
Diperingkat ini sepatutnya kita lebih prihatin lagi tentang bagaimana kita boleh menjadikan kunjungan tersebut suatu kunjungan yang bermakna kepada mereka dan juga kita. Bila pengunjung sudah sampai ke blog atau kedai kita itu; walaupun tidak ada satupun produk kita yang terjual ketika itu tetapi sekurang-kurangnya kita diminta untuk menghubungi mereka semuala kemudiannya melalui nama dan alamat yang ditinggalkan kepada kita. Dalam konteks blog pula ialah nama dan email pengunjung tersebut.
Senarai nama dan alamat email ini merupakan sesuatu yang amat berharga sekali dalam menentukan langkah-langkah susulan berikutnya. Malahan ia merupakan satu asset yang penting dalam perniagaan melalui internet kerana ia merupakan salah satu alat komunikasi yang berkesan untuk menyampaikan maklumat perniagaan kepada pelanggan atau pengunjung.
Bagaimana nak jadikan pengunjung atau pelanggan tersebut meninggalkan alamat mereka inilah yang akan saya bincangkan disini. Saya lebih suka cara ini daripada cara menggunakan email yang diperolehi secara tidak sehat yang mana mengakibatkan tindakan kita dianggap sebagai ‘spam’. Apa yang saya maksudkan di sini ialah kita jadikan pengunjung itu dengan rela hati meninggalkan nama dan alamat mereka untuk kita hubungi.
Apakah yang menyebabkan pengunjung meninggalkan nama dan alamat email mereka? Tentu sahaja ada sesuatu yang amat menarik yang dapat anda tawarkan kepada pengunjung yang menyebabkan mereka merasa tidak keberatan untuk dihubungi.Di sinilah anda perlu kreatif untuk menawarkan satu produk yang anda rasa bernilai dan amat diperlukan oleh pengunjung blog anda.
Biasanya pengunjung akan berfikir dua kali untuk membeli produk yang anda iklankan. Walaupun produk itu mungkin diperlukan pengunjung tetapi pengunjung akan cuba mendapatkan maklumat yang secukupnya sebelum pembelian dibuat. Kalau produk yang anda tawarkan itu juga boleh diperolehi di tempat lain, pengunjung akan cuba mendapatkan perbandingan harga dan jika perbandingan harga itu tidak terdapat diblog anda, pengunjung akan mencari maklumat tersebut ditempat lain dan meninggalkan blog anda. Jika ini terjadi, anda akan kehilangan prospek anda selamanya. Jarang sekali pengunjung sedemikian akan kembali semula ke blog anda kecualilah jika tawaran anda itu amat kompetetif kepada pengunjung tersebut dan pengunjung masih ingat link ke blog anda.














