Kursus Bina Blog Wordpress
Berdasarkan artikel yang saya tulis sebelum ini dan pandangan-pandangan pembaca yang saya terima setakat ini, insyaallah saya akan sediakan kursus secara email tersebut dalam tempoh seminggu lagi. Bagaimanapun untuk tidak menghampakan mereka yang berminat dan juga sebagai penjelasan lanjut, setakat yang saya tahu membina blog wordpress ini secara kasar dapat dibahagikan kepada dua jenis kategori;-
(1) Membina blog Wordpress seperti anda membina blog di www.blogger.com iaitu dengan hanya perlu mendaftar di www.wordpress.com. Blog yang di bina atau dibuat dengan cara ini adalah percuma dan ia tertakluk kepada peraturan-peraturan tertentu.
(2)Yang kedua ialah membina blog anda sendiri yang menggunakan Wordpress sebagai platform blog anda. Ini memerlukan anda mempunyai ‘domain’ dan menyewa ‘hosting’ yang boleh menyokong blog Wordpress yang akan anda gunakan itu. Ini melibatkan kos membeli domain dan menyewa hosting.
Berdasarkan pandangan-pandangan yang telah saya terima, saya kurang pasti (silap saya juga kerana tak terangkan perkara ini terlebih dulu….) yang mana satu yang lebih diminati atau yang diharapkan daripada kursus ini. Justeru itu saya masih lagi mengharapkan pandangan-pandangan atau komen daripada anda semua. Bagaimanapun sekiranya saya masih tak mendapat jawapan yang jelas, saya akan teruskan juga kursus percuma ini mengikut apa yang saya fikirkan sesuai.









This is pretty useful and interesting to know wp blog in detail. Thanks for sharing and do write more.
Also let me know what is the plugin you have used to translate in different languages, so that i can also use this translate feature.
Thanks.
Thanks for visiting Hema. I used ‘Google AJAX Translation’ to enable blog readers to translate my articles to various languages. You could search this particular plugin in plugins menu.