Cerita blog kali ini ialah mengenai pandangan, komen dan pendapat terhadap mana-mana artikel yang terdapat dalam blog ini. Semua itu  amat dialu-alukan.  Cuma jangan ‘spam’ kerana saya tak suka ‘spam’ dan saya pasti ramai diantara kita yang tak suka dengan ‘spam’.

Sebenarnya artikel ini saya tulis khas untuk mereka yang ingin memberi pandangan atau komen kerana baru-baru ini saya ada menerima aduan daripada salah seorang pembaca yang mengatakan bahawa tidak ada ruangan untuk beliau mengemukakan pandangan atau pendapat beliau kerana kebiasaannya beliau melihat ada ruangan komen di bawah setiap artikel yang ditulis tetapi blog ini formatnya tidak sebegitu. Blog ini memang tidak mempunyai  perkataan ‘komen’ disebelah bawah ataupun disebelah atas. Justeru itu saya rasa sayang sekali saya terlepas peluang untuk mendapatkan komen daripada pembaca tersebut.

Saya sudah memberi jawapan kepada pembaca tersebut. Sebenarnya bukan tidak ada ruangan komen. Ruangan komen tersebut tersembunyi sedikit. Justeru itu  saya rasa saya harus menjelaskan di sini bahawa sesiapa sahaja boleh memberikan pandangan atau pendapat dengan hanya menekan butang berwarna hitam di sudut kanan tajuk artikel. Tekan sahaja butang tersebut anda akan terus dibawa ke ruangan untuk menulis komen atau pandangan anda. Senanag kan? cuma tekan butang berwarna hitam itu sahaja….

komen

Related Posts with Thumbnails
  • Share/Bookmark