Kenapa Rekabentuk Blog Penting?
Blog telah menjadi begitu popular pada masa kini. Ramai orang telah mula meyediakan blog mereka sendiri untuk melahirkan pendapat dan perasaan mereka. Syarikat-syarikat penyedia internet juga telah mula menggunakan blog untuk memberitahu pelanggan mereka tentang produk terkini dan ulasan tentang produk tersebut. Justeru itu blog juga digunakan sebagai salah satu media pemasaran. Sebelum ini pemasaran internet hanya dijalankan dengan meletakkan banner dan link di laman web yang popular sahaja seperti laman web berita dan informasi. Link juga telah dimasukkan dalam lapuran berkala (newsletter) dan surat pemasaran yang dihantar kepada ahli-ahli yang berdaftar dengan menggunakan senarai email autoresponder mereka.
Ramai juga orang yang menghabiskan masa membaca blog. Mereka membaca blog rakan-rakan, blog kegemaran mereka, blog yang mempunyai topik-topik yang menarik dan juga blog mengenai ulasan sesuatu produk. Dengan meningkatnya minat orang ramai terhadap blog, ia malah menimbulkan kebimbangan yang orang ramai bergantung kepada blog untuk mendapatkan berita terkini. Sungguhpun mendapatkan berita terkini melalui blog tidak boleh dipercayai, masih ramai juga mendapatkan ulasan produk daripada blog. Dalam beberapa kes cara ini adalah lebih boleh dipercayai.Memang ada blogger yang menulis pengalaman sebenar mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan tetapi ada juga orang-orang media yang di upah atau dibayar untuk menulis ulasan-ulasan yang menarik mengenai produk-produk tertentu.
Oleh kerana ramai orang membaca dan menulis blog, kini blog merupakan satu media yang agak baik untuk memasarkan sesuatu produk. Dengan meningkatnya trafik blog ini bermakna ia mungkin akan meningkatkan jualan sesuatu produk. Trafik blog boleh ditingkatkan dengan menyertai program-program affiliate yang akan menyenaraikan blog kita dibawah sesuatu nama atau kategori carian tertentu. Kita juga boleh iklankan blog kita dalam laman web yang popular. Bagaimana pun cara ini melibatkan kos tambahan dan tidak sesuai untuk mereka yang baharu mula menulis blog.
Seseorang penulis blog yang baru sangat memerlukan trafik yang banyak untuk meningkatkan iklan pada laman blognya. Ada juga sebahagian pengiklan yang membayar setiap kali link mereka di klik atau pun setiap kali laman yang ada link merka dilawati. Apabla trafik blog kita meningkat kita patut cuba untuk membuatkan pelawat tersebut datang kembali dan mewawarkan blog kita kepada rakan-rakannya yang lain. Ini boleh dilakukan dengan menjadikan blog kita itu mengandungi isi yang menarik dan mempunyai rekabentuk yang baik.Kita boleh menulis sendiri blog kita atau kita boleh mendapatkan perkhidmatan penulis blog berbayar atau penulis laman web untuk menulis artikel blog kita.
Rekabentuk blog juga mempunyai peranan yang penting. Walaupun kebanyakan syarikat penyedia hosting blog percuma juga menyediakan pelbagai template pilihan tetapi ada juga yang membenarkan ubahsuai dibuat yang jika digunakan dengan bijak boleh menambahkan trafik. Di bawah ini ada beberapa tip yang mungkin dapat menonjolkan blog anda dikalangan blog standard yang banyak terdapat pada masa ini:-
* Banner Yang Diubahsuai
Kebanyakan blog yang disediakan oleh syarikat penyedia blog mempunyai banner blog yang generik. Ada yang boleh diubahsuai mengikut keperluan kita. Kita boleh menukar grafik dan memasukkan gambar kita atau gambar kegemaran kita malahan kita boleh memasukkan tajuk blog kita sendiri.
* Gambar-gambar peribadi
Sudah tentu kita akan memasukkan kebanyakan gambar koleksi kita sendiri dalam artikel yang berkaitan. Bagaimanapun memasukkan gambar yang telah diubahsuai dengan border yang sesuai akan menyebabkan blog kita lebih menonjol kepada pembaca.
* Menambah ‘favicon’
‘Favicon’ ialah gambar kecil pengenalan diri anda. Tidak kah kita nampak ada kelainan pada blog yang mempunyai ‘favicon’ pada medan alamat link blog mereka? Ini merupakan salah satu cara untuk memperlihatkan kelainan kepada blog kita.
* Gunakan template yang menarik
Kita boleh menggunakan template yang lebih menarik berbanding template biasa yang disediakan syarikat penyedia blog. Ada banyak template menarik yang boleh kita dapati dalam internet. Terpulang kepada kita untuk memilih yang sesuai dengan keperluan kita.
* Masukkan RSS Feed
Ini adalah cara yang terbaik untuk memaklumkan orang ramai tentang tajuk-tajuk artikel kita.T
* Audio menjadikan blog lebih personal
Ia juga mungkin boleh menjadikan pelawat untuk datang semula ke blog kita.
* Pengiklanan
Jika anda menggunakan Adsense atau lain-lain syarikat pengiklanan, pastikan kedudukannya tidak menyukarkan pembaca untuk mendapatkan sebarang maklumat daripada blog kita.
Cubalah gunakan tip yang saya sebutkan diatas. Mungkin ia akan menambahkan lawatan atau trafik ke blog kita.
Related Blogs
GHTime Code(s): 031e4 ef054 5f427 99a28 01889 nc ff0b3




August 2nd, 2010 at 9:38 am
x pndai la nk reke2 blog jd menarik. nk gak try tp tkt clap.. hik3x
August 4th, 2010 at 2:41 pm
Saya amat berseutuju dengan saudara. Info menarik!
peanut´s last blog ..Pendapatan Online 10 Tips Untuk Kekal Berdisplin & Produktif