Blog Wordpress
Salah satu template yang percuma dan amat saya sukai ialah Wordpress. Bila saya sudah biasa membuat laman web sendiri dengan menggunakan hosting percuma, saya telah membeli nama domain saya sendiri dan menyewa hosting untuk memuatkan laman web saya. Mula-mula memang saya tak tau hosting yang macam mana yang saya harus pilih. Justeru itu saya menghadapi masalah kerana hosting yang saya sewa itu tidak begitu reliable dan selalu sahaja tidak boleh di access sungguhpun tidak ada sebarang masalah dengan laman web yang saya sediakan.
Berdasarkan pengalaman tersebut, saya belajar menentukan hosting yang macam mana saya perlukan dan memilih hosting yang agak terkenal dan boleh dipercayai. Malahan bukan setakat itu sahaja; saya juga menggunakan wordpress sebagai blog yang saya pasang sendiri dengan mengikut langkah-langkah yang diterangkan dalam laman web wordpress tersebut satu persatu. Dari pengalaman saya sendiri, saya rasa perkara yang penting yang perlu kita tahu sebelum kita memasang (install) wordpress itu ialah kita ada access kepada server kita dan tahu menyediakan database Msql untuk Wordpress yang akan kita pasang. Tanpa database Msql, kita tidak akan dapat memasang Wordpress tersebut. Justeru itu kalau kita hendak gunakan Wordpress sebagai laman web atau blog, kita kena pastikan hosting yang kita sewa itu mempunyai database Msql dan kita boleh access database tersebut. Tentu sekali kita juga perlu tahu bagaimana nak set up database tersebut !
Selain itu ada dua perkara yang kita kena pastikan juga; iaitu server kita dilengkapi dengan Msql versi 4.0 ke atas dan Php 4.3 ke atas. Wordpress tidak boleh digunakan sekiranya Msql dan Php yang versinya kurang daripada yang disebutkan itu. Setelah perkara-perkara ini diambil perhatian, saya rasa ia amat mudah dan tidak ada sebarang masalah dalam memuat naik Wordpress tersebut ke server yang saya sewa. Wordpress tidak akan terpapar di domain kita sekiranya berlaku kesilapan yang kecil walaupun ia sekadar noktah ataupun koma semasa kita memasukkan maklumat database yang kita bina itu ke dalam fail wp-config-sample.php yang perlu dipinda sebelum dimuatnaik ke server.
Dalam artikel selanjutnya saya akan ceritakan langkah-langkah mudah pengalaman saya untuk install Wordpress tersebut ke server yang saya sewa,








