Bina Blog
Artikel ini adalah merupakan langkah-langkah yang saya gunakan semasa saya membina blog Wordpress percuma saya. Mungkin ada sesiapa yang berminat untuk membina blog percuma ini bolehlah ikuti langkah-langkah yang saya sebutkan ini satu persatu. Bagaimanapun suka saya sebutkan di sini bahawa kerana blog yang kita bina ini merupakan blog percuma, ia terikat dengan peraturan-peraturan tertentu yang membatasi keperluan kita. Justeru itu kalau sekadar untuk belajar berjinak-jinak dengan blog dan meningkatkan kemahiran berblog, saya berpendapat ia amat sesuai . Di bawah ini saya perturunkan langkah-langkah membina blog tersebut bersama dengan gambarnya sekali bagi memudahkan kita memahaminya.
Langkah pertama dalam membina blog Wordpress ialah dengan mendaftar di http://www.wordpress.com
Dihujung sebelah kanan laman web berkenaan anda akan melihat gambar seperti di bawah
Langkah permulaan untuk membina blog Wordpress ialah dengan menekan butang berwarna perang itu bagi pendaftaran. Apabila butang tersebut di klik, anda akan dibawa ke laman seterusnya seperti gambar di bawah ini:
Sila ambil langkah untuk mengisi satu persatu maklumat yang diperlukan itu:-
1. Isikan nama pengguna (username) yang akan anda gunakan
2. Isikan katalaluan (password) anda
3. Isi semula katalaluan tersebut untuk pengesahan
4. Tuliskan email anda untuk menerima maklumat daripada Wordpress
5. Tandakan bahawa anda bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan
6. Pilih salah satu daripada butang berkenaan.
Disini pilihan yang paling mudah ialah “”
Akhirnya klik pada ‘NEXT’ untuk tindakan selanjutnya. Sekiranya nama pengguna yang anda masukkan itu masih tidak digunakan lagi, pendaftaran anda berjaya dan anda dikehendaki untuk mengesahkan email anda. Sekiranya tidak berjaya anda dikehendaki membetulkan maklumat-maklumat yang di isikan sebelum ini. Kalau berjaya anda akan melihat laman web seperti ini:-
Dengan cara ini anda sudah mempunyai blog Wordpress percuma ! Anda klik ’sign up’ , anda akan melihat laman web seperti berikut pula iaitu anda diminta menyemak email anda dan membuat pengesahan.
Setelah anda klik link yang diberikan di dalam email daripada Wordpress, anda akan melihat laman web seperti di bawah yang menunjukkan bahawa akaun Wordpress anda telah aktif. Anda diberi pilihan sama ada untuk ‘login’ ataupun pergi ke ‘View your site’.
Kalau anda klik pada ‘ login’ anda akan dibawa ke laman berikut:-
Di sini anda perlu masukkan nama pengguna dan katalaluan anda untuk anda dibawa ke laman seterusnya.
Bermula daripada sini ikuti lah langkah-langkah selanjutnya untuk membina blog anda. Untuk memulakan penulisan blog anda, anda perlu meminda ‘post’ yang ada di situ:-
Dengan mengklik menu ‘post’ tersebut anda akan melihat laman web seperti di bawah ini. Ia merupakan ‘post’ pertama anda yang perlu dipinda dan dikemaskinikan. Setelah selesai anda boleh menekan butang ‘update’ yang ada di situ.
Gambar di bawah ini menunjukkan ‘tajuk’ dan ‘kandungan’ ‘post’ yang perlu dipinda mengikut apa yang anda kehendaki.
Setelah tindakan keemaskini post anda selesai, anda boleh melihat blog yang telah anda edit dengan menekan butang ‘visit site’ yang terletak di sebelah atas di sudut sebelah kanan.
Anda akan melihat blog anda dengan post yang telah dipinda seperti di atas. Anda boleh menukar nama blog anda yang terletak di dalam kotak header berwarna biru tersebut. Malahan anda juga boleh menukar tema blog anda tersebut dengan menguasai menu di sebelah kiri semasa anda ’sign in’ seperti yang dijelaskan sebelum ini.



















