Bagaimana Belajar Perisian Blog
Banyak perisian blog atau ‘blogging software’ yang direka khusus supaya mudah digunakan. Bagaimanapun kadangkala program yang paling mudah pun akan menjadi begitu sukar kepada kita yang baru bermula ini. Banyak masa dan pengetahuan yang diperlukan untuk kita belajar pelbagai jenis prisian yang terdapat. Dalam pengalaman saya menggunakan WordPress, saya dapati banyak juga yang perlu diketahui dan dicuba pelbagai plugins dan peralatan yang terdapat. Malah ada plugins yang memerlukan pertimbangan kita sama ada perlu ataupun tidak digunakan dalam blog kita.
Kepada mereka yang baharu mempelajari dan memahami selok belok menggunakan prisian blog; ini merupakan sesuatu yang agak sukar berbanding dengan menulis dan mengisi blog mereka dengan tulisan mereka. Bagaimanpun ia terpulang kepada kita untuk menggunakan perisian blog yang kita rasa mudah dan senang difahami. Misalnya ada orang yang merasa lebih senang menggunakan blogger manakala ada pula yang lebih sukakan WordPress kerana pelbagai kemudahan plugins yang terdapat. Dalam apa keadaan sekalipun ia memerlukan kita untuk belajar dan memahami perisian tersebut supaya memudahkan kita menggunakan perisian tersebut.
Perkara utama yang perlu ditekankan disini ialah kesediaan kita mencuba walaupun ia mengambil masa untuk memahaminya. Ada orang yang merasa terlalu ghairah dengan sesuatu yang baharu dan justeru itu terus sahaja mencuba menggunakan pelbagai ciri-ciri perisian yang sofistikated. Kadangkala ini mungkin akan menimbulkan kekeliruan dan frustrasi kalau hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Akhirnya minat mereka akan berkurangan dan ini mungkin juga boleh mematikan hasrat mereka untuk terus berblog.
Jika kita menggunakan masa mempelajari perkara-perkara asas perisian blog tersebut diperingkat awal dan kemudiannya beransur-ansur mendalami teknik-teknik yang lebih sukar; kita mungkin boleh memantapkan apa yang dipelajari dan terus mempunyai sikap positif untuk membolehkan kita memahami bidang blogging ini.
Related Blogs
GHTime Code(s): nc 37b55



August 2nd, 2010 at 9:18 am
mksudnya bg komen kt blog2 popukar jer ker?..nape lak? blog2 len canne? hehe..
August 2nd, 2010 at 9:29 am
bole bgtw ape yg pnting prlu d isi lm blog?
eja.com´s last blog ..
August 7th, 2010 at 8:09 am
Isi jer apa yang menjadi minat kita supaya tak kekeringan idea….heheh.