Cerita Blog dan Laman Web

Cerita mengenai memilih domain, membuat, membina dan memasang blog Wordpress.

3 Faktor Kenapa Pilih Blog Yang Dilawati

Tajuk kali ini agak sinis sikit.  Sorry yer…bukan sombong  nak pilih blog-blog tertentu sahaja pula. Saya sekadar nak jelaskan sebab-sebab mengapa kita perlu memilih blog yang kita nak beri komen.  Kita boleh komen semua blog yang kita temui. Tapi ada baiknya kalau kita pilih blog yang khusus sahaja kerana banyak sangat blog yang terdapat dipasaran sana.  Kita harus memilih blog yang kita nak letakkan komen kita kerana ada beberapa sebab:-

(1) Blog terlalu banyak di luar sana. Kalau kita tak pilih, kita akan menghabiskan banyak masa kita untuk memberikan komen sehingga nak kemaskinikan blog kita sendiri pun tak sempat nanti.

(2) Letakkan komen kita pada blog yang mempunyai persamaan niche dengan blog kita. Kalau tak dapat yang mempunyai niche yang sama pun, niche yang hampir sama pun memadai. Blog yang mempunyai niche yang sama atau hampir sama ini akan memberikan peluang untuk menambah pengetahuan kita dengan membaca artikel-artikel yang berkaitan di situ.

(3) Pilih blog yang mempunyai link  ‘dofollow‘  untuk kita letakkan komen kita supaya kita berpeluang untuk meningkatkan kedudukan blog kita di enjin carian. Disamping itu kita berpeluang untuk menambah pembaca blog kita.

Related Blogs

    GHTime Code(s): nc nc 
    • Share/Bookmark

    Melawat Blog Lain

    lawatan-blog

    Kali ini mari kita bincang mengenai melawat blog orang lain atau dipanggil blog walking. Sama ada blog orang lain itu merupakan blog kawan yang kita kenali atau tidak bukanlah satu faktor yang perlu dipertimbangkan. Malahan walaupun blog itu tidak kita kenali, saya rasa sudah sepatutnya dilawati kalau kita ingin melihat perkembangan blog terkini. Banyak perkara yang boleh kita lihat pada blog-blog tersebut. Daripada aspek platform blog, rekabentuk dan plugins yang digunakan sehinggalah kepada kandungan blog itu sendiri.

    Anggaplah lawatan blog itu sesuatu yang bermakna kepada kita. Bukan sekadar untuk menambah kenalan sebagai rakan blogger tetapi juga untuk meninjau bagaimana blog tersebut dibina. Blog tersebut mungkin mempunyai sesuatu keistimewaan yang boleh dicontohi atau sekurang-kurangnya mungkin mengandungi info atau artikel yang berguna kepada kita.

    Apatah lagi sekiranya lawatan blog yang mempunyai niche yang berkaitan dengan blog kita; ia bukan sahaja membolehkan kita meninjau sejauh mana ulasan tentang sesuatu aspek itu buat berbanding dengan apa yang telah kita buat setakat ini. Mungkin ada aspek yang masih perlu diulas secara lebih terperinci atau mungkin juga ada maklumat tambahan yang perlu kita ketahui. Meninggalkan komen yang konstuktif mengenai mana-mana artikel yang ada di situ adalah amat dialu-alukan. Yang penting sekali ialah kalau kita dapat menyumbang idea yang berguna diblog tersebut. Idea dan komen yang berguna akan mendatangkan ‘backlink’ kepada blog kita.Jangan sekali-kali ‘spam’ blog tersebut kalau kita memerlukan blog kita dikenali dan dikunjungi orang ramai.

    Dengan meninggalkan komen diblog yang dilawati, memungkinkan adanya kunjungan balik dari si pemilik blog ke blog kita.Semakin banyak komen yang kita tinggalkan di blog-blog yang kita lawati, faedahnya ialah semakin ramai trafik blog kita. Semakin ramai trafik blog kita, kemungkinan blog kita dilink oleh orang lain akan bertambah. ‘Inlinks’ blog kita meningkat memungkinkan ‘pagerank’ blog kita juga meningkat. Apabila ‘pagerank’ blog kita meningkat, ia akan memudahkan blog kita muncul di enjin carian. Ini adalah sebab akibat yang terus-terusan berlaku.

    Bagaimanapun ia bukanlah satu-satunya jalan untuk meningkatkan ‘ranking’ blog kita. Banyak perkara-perkara lain lagi yang perlu dibuat seperti artikel yang diterbitkan secara konsisten, segera nenjawab komen-komen yang diberikan dan beberapa hal lain yang berkaitan dengan ‘search engine optimization’. Bagaimanapun tujuan artikel ini adalah untuk menekankan bahawa lawatan blog orang lain adalah salah satu cara penting untuk menambah trafik.

    GHTime Code(s): nc 
    • Share/Bookmark

    Hadiah Laptop Acer Aspire One Untuk Yang Terpilih

    hadiah percuma 150x150 Hadiah Laptop Acer Aspire One Untuk Yang Terpilih

    Kali ini saya nak hebahkan satu peluang istimewa kepada pembaca-pembaca yang berminat nak dapatkan hadiah percuma Laptop Acer Aspire One. Hadiah percuma ini adalah untuk mereka yang terpilih sahaja. Ada dua buah laptop yang akan dimenangi sekiranya blog anda merupakan blog yang terpilih atau anda merupakan pengomen terbanyak sepanjang tahun 2010.

    Laptop yang pertama untuk blog yang menjadi TOP REFERRER yang menghasilkan trafik ke blog denaihati sepanjang 2010.  Penilaian sama ada  terpilih ataupun tidak akan dibuat berdasarkan analisa Google Analytics.  Manakala laptop yang kedua pula akan diberikan kepada PENGOMEN  TERBANYAK sepanjang 2010.  Dua pertandingan  ini akan berjalan serentak sepanjang tahun 2010. Pertandingan  ini terbuka kepada semua blog yang ada di dunia ni  (forum, kumuniti dan website tidak layak).

    Hanya tiga sahaja syarat yang dikenakan kepada blog yang berminat untuk menang Acer Aspire One :

    1. Mendaftar untuk menjadi peserta dengan membuat entri bebas tentang contest dan tinggalkan komen penyertaan diruang komen, link penyertaan di CommentLuv dan jangan lupa masukkan ayat ‘saya tahu contest “Hidup Untuk Memberi“ dari blog : contoh saya tahu contest “Hidup Untuk Memberi” dari blog http://blog.cariduitsite.com.’

    2. Follow @ http://twitter.com/denaihati

    3. Follow @ http://facebook.com/denaihati

    Cara untuk menjadi TOP REFERRER adalah bebas, mungkin dengan cara menampalkan banner denaihati  di sidebar atau sering letakan link denaihati.com dalam setiap entri baru untuk menarik perhatian pelawat atau visitor blog anda melawat blog denaihati.com.

    Kepada BLOG yang rajin mempromosi contest “DENAIHATI” akan mendapat hadiah RM20 untuk setiap referral. Lebih banyak referralnya maka lebih besar hadiahnya. Perhatian katogeri referral yang dimaksudkan di sini adalah apabila blog ANDA menjadi referral kepada contester baru.

    Tarikh Tutup

    Pada jam 11.59 pm, 31/12/2010

    Keputusan

    Pemenang akan diumumkan 2 minggu selepas tarikh tamat contest.

    Sponsor contest

    1. Alansarproperties.com : Sedia menjual lot banglo/banglo sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

    2. www.xztly.com : Organising or managing communications, campaigns and events.

    3. Anisha Online Mall : Pemborong stokin wudhu Malaysia

    Jangan lupa untuk segera sertai pertandingan ini. Peluang masih terbuka dan banyak masa lagi untuk bertanding bagi menjadikan blog anda terpilih ataupun anda sendiri terpilih sebagai pengomen terbanyak…..

    P.S

    Jika anda menyertai pertandingan ini kerana mendapat berita daripada blog ini, saya juga akan bersedia  “Hidup Untuk Memberi” dengan memberikan perisian “Banner Buddy” yang saya jual dengan harga USD9.95 kepada anda dengan PERCUMA. Bagaimanapun anda hendaklah menghubungi dan memberitahu saya sama ada melalui komen anda di sini ataupun melalui butang ‘kontek’ yang terdapat dalam blog ini. Jangan lupa untuk meletakkan salinan mesej yang anda gunakan untuk menyertai pertandingan ini.

    percuma


    Related Blogs

      GHTime Code(s): nc 6a6bd aeddb nc 780dc nc nc 3ef27 d76b8 1f590 nc 0f0db 
      • Share/Bookmark

      Blog dan Pemasaran Blog

      Blog bukan asing lagi kepada ramai orang yang terlibat dengan internet. Ramai orang yang sudah mempunyai blog masing-masing dan ramai lagi yang teringin mempunyai blog.  Ada dikalangan pemilik blog pula telah berjaya memperolehi pendapatan daripada blog dan ramai juga yang masih lagi mencuba.  Soalnya di sini apa kah  rahsia kejayaan golongan ini?  Bagaimana mereka dapat menjayakan blog mereka tersebut sehingga  memperolehi pendapatan. Apakah ciri-ciri blog yang boleh mendatangkan pendapatan ini?  Di sini saya cuba menggariskan beberapa aspek penting yang perlu kita ketahui berkaitan dengan blog.

      Pertama, kita patut tahu bahawa blog itu tak ubah seperti satu jurnal atas talian (online).  Kita boleh ‘post’ atau masukkan tulisan, gambar dan sebagainya berkaitan dengan apa sahaja yang kita mahu dan kemudiannya kita terbitkan untuk tatapan pembaca global. Jika anda belum pernah berblog sebelum ini, anda boleh cuba mula berblog sekadar untuk bersuka-suka supaya anda merasai pengalaman ini.

      Bila anda sudah terbiasa dengan jenis perisian blog atau blogging platform yang anda gunakan, anda mungkin sudah bersedia untuk belajar membina blog dengan tujuan untuk mendapatkan pendapatan. Bagaimanapun bagi mereka yang baru bermula, ia boleh dibuat secara perlahan dan langkah demi langkah supaya anda tidak merasa begitu terbeban dengan terlampau banyak aspek yang perlu diketahui.

      Perkara pertama yang perlu dicari dan dipastikan ialah ‘niche’ atau subjek yang hendak ditulis diblog anda.  Niche ini boleh merupakan apa saja yang anda tahu atau yang hendak diketahui atau yang hendak dipelajari.  Jadilah pakar dalam bidang tersebut. Lagi banyak yang anda tahu lagi baik. Niche tersebut boleh merupakan apa sahaja yang anda kehendaki. Ia boleh merupakan sesuatu yang komplikated atau sesuatu yang mudah. Fikirkan tentang sesuatu yang anda tahu dan suka ataupun sesuatu yang hendak dipelajari.  Biarlah ‘niche’ tersebut merupakan sesuatu yang banyak dapat dibincang dan ditulis oleh anda supaya anda tidak kehabisan idea untuk  meneruskannya.

      Setelah dapat ditentukan ‘niche’ blog baharu kita boleh menentukan langkah-langkah selanjutnya.  Pertama sekali kita perlu putuskan berapa kerap kita akan mengemaskinikan blog kita itu.  Bolehkah kita kemaskinikan setiap hari? Selang sehari? Mungkin seminggu sekali? Mana pun keputusan yang kita buat, seboleh mungkin kita harus mematuhi ketetapan itu supaya kita tidak akan tertinggal mengemaskinikannya. Bila blog kita sudah dikunjungi,  kita tentu sekali ingin memastikan pengunjung blog kita mempunyai tanggapan yang kita mengotakan apa yang dijanjikan. Mereka mungkin perlu tahu berapa kerap kita mengemaskinikan blog kita supaya mereka tahu bila lawatan selanjutnya boleh dibuat.

      Langkah selanjutnya ialah mendapatkan ‘backlink’.  ‘Backlink’ ini penting kerana ia menunjukkan seseorang itu berminat untuk berhubung dengan kita.  Ada beberapa cara untuk mendapatkan ‘backlink’ ini. Salah satu cara ialah dengan mencari blog yang mempunyai ‘niche’ yang sama dengan ‘niche’ blog kita dan meminta kerjasama mereka untuk mengadakan pertukaran link dengan kita.  Satu cara lagi ialah dengan memasukkan komen anda diblog yang kita lawati dan tinggalkan link kita di situ.  Mana-mana cara pun yang digunakan ia berkesan untuk mendapatkan link yang kita perlukan.

      Jika anda merupakan seorang yang berminat untuk berniaga atas talian, anda juga boleh membuat beberapa promosi produk diblog tersebut. Ramai orang yang menggunakan blog untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan sama ada produk sendiri ataupun produk affiliate. Ini merupakan salah satu cara pemasaran yang terkini untuk mewawarkan kepada orang ramai tentang perniagaan anda. Bagaimanapun pemasaran cara ini bukanlah perkara mudah kerana ia amat bergantung kepada sejauh mana blog tersebut dikenali dan dikunjungi orang. Justeru itu kesimpulannya ialah kita perlu memastikan blog kita sentiasa mendapat trafik yang bukan sahaja konsisten malahan bertambah mengikut masa.

      Related Blogs

        GHTime Code(s): nc 9d6a3 3334e 09298 
        • Share/Bookmark

        Bagaimana Belajar Perisian Blog

        Banyak perisian blog atau ‘blogging software’ yang direka khusus supaya mudah digunakan. Bagaimanapun kadangkala program yang paling mudah pun akan menjadi begitu sukar kepada kita yang baru bermula ini. Banyak masa dan pengetahuan yang diperlukan untuk kita belajar pelbagai jenis prisian yang terdapat. Dalam pengalaman saya menggunakan WordPress, saya dapati banyak juga yang perlu diketahui dan dicuba pelbagai plugins dan peralatan yang terdapat. Malah ada plugins yang memerlukan pertimbangan kita sama ada perlu ataupun tidak digunakan dalam blog kita.

        Kepada mereka yang baharu mempelajari dan memahami selok belok menggunakan prisian blog; ini merupakan sesuatu yang agak sukar berbanding dengan menulis dan mengisi blog mereka dengan tulisan mereka. Bagaimanpun ia terpulang kepada kita untuk menggunakan perisian blog yang kita rasa mudah dan senang difahami. Misalnya ada orang yang merasa lebih senang menggunakan blogger manakala ada pula yang lebih sukakan WordPress kerana pelbagai kemudahan plugins yang terdapat. Dalam apa keadaan sekalipun ia memerlukan kita untuk belajar dan memahami perisian tersebut supaya memudahkan kita menggunakan perisian tersebut.

        Perkara utama yang perlu ditekankan disini ialah kesediaan kita mencuba walaupun ia mengambil masa untuk memahaminya. Ada orang yang merasa terlalu ghairah dengan sesuatu yang baharu dan justeru itu terus sahaja mencuba menggunakan pelbagai ciri-ciri perisian yang sofistikated. Kadangkala ini mungkin  akan menimbulkan kekeliruan dan frustrasi kalau hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Akhirnya minat mereka akan berkurangan  dan ini mungkin juga boleh mematikan hasrat mereka untuk terus berblog.

        Jika kita menggunakan masa mempelajari perkara-perkara asas perisian blog tersebut diperingkat awal dan kemudiannya beransur-ansur mendalami teknik-teknik yang lebih sukar; kita mungkin boleh memantapkan apa yang dipelajari dan terus mempunyai sikap positif untuk membolehkan kita memahami bidang blogging ini.

        Related Blogs

          GHTime Code(s): nc 37b55 
          • Share/Bookmark

          5 Tip Utama Dalam Rekabentuk Laman Web

          Kali ini saya ingin membincangkan beberapa aspek yang berkaitan dengan rekabentuk laman web. Yang penting sekali ialah memastikan walau apa pun rekabentuk web atau blog tu, ia mesti sesuai dengan tujuan laman web atau blog tersebut dibuat. Sebenarnya banyak aspek yang biasa dibincangkan orang tetapi saya cuma ingin menyentoh 5 aspek utama yang saya rasa yang tidak harus dipandang ringan. Berikut ialah antara aspek-aspek penting yang saya maksudkan itu:-

          1) Jangan gunakan ‘splash pages’

          ‘Splash pages’ ialah laman pertama yang kita lihat sebelum kita melihat kandungan yang lebih detail web yang berkenaan. Biasanya laman ini mempunyai imej yang cantik dengan perkataan atau ucapan aluan seperti perkataan “Selamat Datang” atau pun “Kilik Disini Untuk Masuk” atau lain-lain perkataan yang seangkatan dengannya. Sebenarnya ia cantik tetapi tidak bermakna apa-apa. Sepatutnya jangan menyusahkan pelawat atau pelanggan anda dengan meminta mereka mengambil tindakan klik untuk melihat info yang bukannya sulit atau perlukan bayaran. Bagaimanapun ‘splash pages’ ini sesuai untuk digunakan di dalam ‘traffic exchanges’ di mana pelawat cuma ada masa 10 saat sahaja untuk melihat laman web kita.

          2) Jangan gunakan terlalu banyak banner iklan.

          Apa perasaan anda sekiranya anda melihat laman web atau blog yang terlalu banyak iklannya. Begitulah juga perasaan yang dialami oleh pelawat-pelawat ke laman web anda sekiranya anda memasukkan terlalu banyak iklan. Kecuali ia merupakan laman web syarikat pengiklanan, iklan memang merupakan tujuan utamanya.

          3) Bar Navigasi yang mudah dan jelas

          Kita perlu menyediakan bar navigasi yang mudah dan senang difahami oleh pelawat. Elakkan daripada menggunakan menu yang menggunakan flash atau kotak pilihan bertingkat pelbagai menu kerana pelawat yang tidak pandai atau tidak tahu menggunakannya akan meninggalkan laman web kita.

          4) Pastikan Pelawat Tahu Dimana Ia Berada

          Bila pelawat terlalu ghairah dalam melayari laman web kita, pastikan pelawat tersebut tahu di bahagian mana ia berada. Dengan cara itu pelawat tersebut boleh melayari segala maklumat yang berkaitan ataupun berpindah ke mana-mana seksyen laman web kita dengan mudah. Jangan kelirukan pelawat anda kerana ia akan menyebabkan mereka meniggalkan laman web kita.

          5) Elakkan penggunaan audio

          Jika pelawat ingin berada di laman web kita lebih lama dan membaca kandungan laman web kita tentu sekali kita tidak mahu mereka terganggu dengan audio di laman tersebut. Jika perlu dilengkapi dengan audio juga, pastikan audio yang boleh dikawal atau dihentikan bila perlu oleh pelawat tersebut. Bagaimanapun ini tidak terpakai kepada laman web laman web yang khusus untuk musik.

          Aspek-aspek yang saya sebutkan di atas tadi bagaimanapun bukanlah terhad setakat itu sahaja. Banyak lagi aspek lain yang boleh dibincangkan tetapi ini merupakan kebiasaan-kebiasaan utama yang selalu kita temui.

          Related Blogs

            GHTime Code(s): d6750 nc 
            • Share/Bookmark

            Kenapa Rekabentuk Blog Penting?

            rekabentuk blog1 150x150 Kenapa Rekabentuk Blog Penting?

            Blog telah menjadi begitu popular pada masa kini.  Ramai orang telah mula meyediakan blog mereka sendiri untuk melahirkan pendapat dan perasaan mereka. Syarikat-syarikat penyedia internet juga telah mula menggunakan blog untuk memberitahu pelanggan mereka tentang produk terkini dan ulasan tentang produk tersebut.  Justeru itu blog juga digunakan sebagai salah satu media pemasaran. Sebelum ini pemasaran internet hanya dijalankan dengan meletakkan banner dan link di laman web yang popular sahaja seperti laman web berita dan informasi. Link juga telah dimasukkan dalam lapuran berkala (newsletter) dan surat pemasaran yang dihantar kepada ahli-ahli yang berdaftar dengan menggunakan senarai email autoresponder mereka.

            Ramai juga orang yang menghabiskan masa membaca blog. Mereka membaca blog rakan-rakan, blog kegemaran mereka, blog yang mempunyai topik-topik yang menarik dan juga blog mengenai ulasan sesuatu produk. Dengan meningkatnya minat orang ramai terhadap blog, ia malah menimbulkan kebimbangan yang orang ramai bergantung kepada blog untuk mendapatkan berita terkini. Sungguhpun mendapatkan berita terkini melalui blog tidak boleh dipercayai, masih ramai juga mendapatkan ulasan produk daripada blog. Dalam beberapa kes cara ini adalah lebih boleh dipercayai.Memang ada blogger yang menulis pengalaman sebenar mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan tetapi ada juga orang-orang media yang di upah atau dibayar untuk menulis ulasan-ulasan yang menarik mengenai produk-produk tertentu.

            Oleh kerana ramai orang membaca dan menulis blog,  kini blog merupakan satu media yang agak baik untuk memasarkan sesuatu produk. Dengan meningkatnya trafik blog ini bermakna ia mungkin akan meningkatkan jualan sesuatu produk. Trafik blog boleh ditingkatkan dengan menyertai program-program affiliate yang akan menyenaraikan blog kita dibawah sesuatu nama atau kategori carian tertentu. Kita juga boleh iklankan blog kita dalam laman web yang popular. Bagaimana pun cara ini melibatkan kos tambahan dan tidak sesuai untuk mereka yang baharu mula menulis blog.

            Seseorang penulis blog yang baru sangat memerlukan trafik yang banyak untuk meningkatkan iklan pada laman blognya. Ada juga sebahagian pengiklan yang membayar setiap kali link mereka di klik atau pun setiap kali laman yang ada link merka dilawati. Apabla trafik blog kita meningkat kita patut cuba untuk membuatkan pelawat tersebut datang kembali dan mewawarkan blog kita kepada rakan-rakannya yang lain. Ini boleh dilakukan dengan menjadikan blog kita itu mengandungi isi yang menarik dan mempunyai rekabentuk yang baik.Kita boleh menulis sendiri blog kita atau kita boleh mendapatkan perkhidmatan penulis blog berbayar atau penulis laman web untuk menulis artikel blog kita.

            Rekabentuk blog juga mempunyai peranan yang penting. Walaupun kebanyakan syarikat penyedia hosting blog percuma juga menyediakan pelbagai template pilihan tetapi ada juga yang membenarkan ubahsuai dibuat yang jika digunakan dengan bijak boleh menambahkan trafik. Di bawah ini ada beberapa tip yang mungkin dapat menonjolkan blog anda dikalangan blog standard yang banyak terdapat pada masa ini:-

            *  Banner Yang Diubahsuai

            Kebanyakan blog yang disediakan oleh syarikat penyedia blog mempunyai banner blog yang generik. Ada yang boleh diubahsuai mengikut keperluan kita. Kita boleh menukar grafik dan memasukkan gambar kita atau gambar kegemaran kita malahan kita boleh memasukkan tajuk blog kita sendiri.

            * Gambar-gambar peribadi

            Sudah tentu kita akan memasukkan kebanyakan gambar koleksi kita sendiri dalam artikel yang berkaitan. Bagaimanapun memasukkan gambar yang telah diubahsuai dengan border yang sesuai akan menyebabkan blog kita lebih menonjol kepada pembaca.

            * Menambah ‘favicon’

            ‘Favicon’ ialah gambar kecil pengenalan diri anda. Tidak kah kita nampak ada kelainan pada blog yang mempunyai ‘favicon’ pada medan alamat link blog mereka? Ini merupakan salah satu cara untuk memperlihatkan kelainan kepada blog kita.

            * Gunakan template yang menarik

            Kita boleh menggunakan template yang lebih menarik berbanding template biasa yang disediakan syarikat penyedia blog. Ada banyak template menarik yang boleh kita dapati dalam internet. Terpulang kepada kita untuk memilih yang sesuai dengan keperluan kita.

            * Masukkan RSS Feed

            Ini adalah cara yang terbaik untuk memaklumkan orang ramai tentang tajuk-tajuk artikel kita.T

            * Audio menjadikan blog lebih personal

            Ia juga mungkin boleh menjadikan pelawat untuk datang semula ke blog kita.

            * Pengiklanan

            Jika anda menggunakan Adsense atau lain-lain syarikat pengiklanan, pastikan kedudukannya tidak menyukarkan pembaca untuk mendapatkan sebarang maklumat daripada blog kita.

            Cubalah gunakan tip yang saya sebutkan diatas. Mungkin ia akan menambahkan lawatan atau trafik ke blog kita.

            Related Blogs

              GHTime Code(s): 031e4 ef054 5f427 99a28 01889 nc ff0b3 
              • Share/Bookmark

              Dapat Duit Dari Blog?

              Hari ini saya nak bercerita sikit tentang cara dapat  duit dari blog. Bukan saya nak katakan perkara ini mustahil. Apa yang saya nak katakan ialah tidak semudah yang disangka. Memang boleh dapat duit melalui banner affiliate atau iklan Google Adsense yang diletakkan dalam blog tetapi ini amat bergantung kepada traffic pengunjung blog tersebut.Oleh itu ia bukan merupakan pedapatan utama. Pendapatan utama adalah datang daripada senarai pelanggan email yang ada pada mereka yang terlibat dalam perniagaan internet ini.

              Justeru itu kita tidak perlu bimbang sekiranya blog kita tidak terkenal atau masih tidak mendapat pelawat pada peringkat awal.Pada masa ini kita patut tumpukan perhatian untuk mengadakan satu ruangan di blog kita untuk mengumpulkan senarai email pelanggan. Jadikan ruangan itu menarik dan dapat mempengaruhi pelawat untuk meninggalkan alamat email mereka. Sebagai balasan mereka yang meninggalkan alamat itu diberikan produk atau perkhidmatan percuma yang bermanfaat. Biasanya produk atau perkhidmatan percuma ini mempunyai daya tarikan yang tinggi kepada pengunjung yang melawat blog kita.

              Memasang  Autoresponder dan Mengumpul Senarai Email Pelanggan

              Untuk mengumpulkan alamat email pelanggan memerlukan autoresponder yang boleh didapati di pasaran. Banyak pilihan yang terdapat. Ada yang percuma dan ada yang berbayar. Ramai pengguna yang berpendapat autoresponder yang percuma tidak boleh dipercayai kerana banyak masalah yang timbul. Saya sendiri pun pernah menggunakan autoresponder percuma yang saya pasang sendiri di server saya. Memang banyak masa dan tenaga yang terbuang bukan setakat proses memasang sahaja malahan juga kerana kekurangan fungsi autoresponder itu sendiri telah menyekat perkembangan selanjutnya.

              Justeru itu saya sendiri berpendapat adalah lebih baik kita terus menggunakan autoresponder yang berbayar. Cuma terpulang kepada kita untuk memilih autoresponder yang sudah established seperti  Aweber atau autoresponder yang lain yang harganya jauh lebih murah tetapi mempunyai fungsi-fungsi yang hampir sama dengan Aweber. Yang pentingnya anda mesti mempunyai autoresponder yang mempunyai bantuan sokongan 24 jam sekiranya berlaku sesuatu diluar dugaan.

              Related Blogs

                GHTime Code(s): 057f6 b4a63 28c1c 57580 559b6 nc b0484 
                • Share/Bookmark

                Blog Cari Duit?

                bloggeradsenseguide 150x150 Blog Cari Duit?

                jana-duit-dengan-blog

                Kali ini cerita blog kita ialah mengenai masalah menjana  pendapatan daripada bloggging. Ramai orang yang impikan untuk menjana  pendapatan daripada blogging.  Impian ini bukan mustahil untuk dicapai oleh mereka yang kurang pengetahuan, sanggup bekerja kuat dan mempunyai sedikit pengetahuan asas teknologi blog. Bagaimanapun, tidak ramai yang berjaya untuk mengaut  keuntungan atau pendapatan daripada blog. Kebanyakan daripada mereka yang gagal ini selalunya didorong oleh dua sebab utama.

                Yang pertama mereka mempunyai impian atau harapan yang tidak realistik mengenai secepat mana bilangan pembaca atau pengunjung bertambah dan sebanyak mana pendapatan yang akan diperolehi.  Bila jangkaan ini tidak  tercapai, kehampaan akan melemahkan keinginan dan  keghairahan untuk terus berblog.

                Satu sebab lagi ialah kekurangan perancangan.  Ramai yang berpendapat kalau kita ingin untuk memperolehi atau menjana pendapatan daripada blog, kejayaannya sangat bergantung kepada perancangan yang realistik dan terus -terusan istiqamah dengan rancangan tersebut.

                Untuk berjaya menjadi blogger yang menjana  pendapatan daripada blogging, aspek utama yang kita perlukan ialah pengunjung atau pembaca yang ramai. Lagi ramai pengunjung atau pelawat, lagi banyak pula pengiklan yang akan berminat dengan blog kita. Bagaimanapun juga, mengekalkan pelawat yang berterusan ke blog kita bukanlah satu kerja yang mudah.

                Oleh kerana semakin banyak blog yang muncul setiap hari, hanya dengan menggunakan isi yang menarik dan gaya penulisan yang baik sahaja tidak mencukupi untuk menarik perhatian pelawat ke blog kita. Kita memerlukan kemampuan untuk memasarkan blog kita secara berkesan. Ramai blogger yang banyak menghabiskan masa untuk menulis blog sahaja dan hampir tidak ada masa untuk memasarkannya. Tentu sekali tindakan kita untuk mengemaskinikan blog sekerap yang mungkin  merupakan satu cara yang amat berkesan untuk meningkatkan ranking blog di enjin carian sekaligus mengikat hati pelawat untuk terus mengunjungi blog kita.

                Bagaimanapun adalah sangat tidak bermakna sekali pengemaskinian blog yang kita buat seandainya tidak ada yang membaca blog kita. Justeru itu kita tidak perlu mengurangkan masa yang digunakan untuk  usaha-usaha kita mendapatkan atau menambah pelawat ke blog. Untuk merealisasikan impian kita untuk meraih pendapatan melalui blog, kita boleh cuba mengurangkan masa untuk menulis dan menggunakan masa itu untuk menarik pelawat yang baru dengan mengadakan pertukaran link dengan blogger lain, cuba mengadakan kontek dalam komuniti blog dan mengadakan cara-cara lain untuk menambah trafik. Kejayaan tidak akan berlaku dalam tempoh terdekat. Membangunkan golongan pembaca yang akan menambah pendapatan kita daripada blog memerlukan tempoh masa, sekurang-kurangnya memakan masa berbulan-bulan sebelum dapat melihat kejayaannya. Kita perlu gigih dan terus komited dengan projek ini terutamanya diperingkat permulaan. Untuk terus ghairah dengan impian sebegini kita perlu membuat sasaran yang realistik mengenai berapa kerap blog kita perlu dikemaskinikan dan berapa ramai pembaca yang hendak diperolehi supaya perancangan kita tidak berhenti separuh jalan.

                Related Blogs

                  GHTime Code(s): 5f63a 594fe 93fba a4793 nc nc 19726 9aaa0 2ca99 7a4fa ce710 nc nc 0854b 
                  • Share/Bookmark

                  Perisian Untuk Berblog

                  Dalam keadaan minat untuk berblog semakin meningkat, maka keperluan untuk memudahkan proses untuk berblog juga juga meningkat. Bagaimana pun, terdapat pelbagai pakej perisian yang berbeza yang mungkin menyukarkan kita membuat pilihan. Memilih pakej perisian yang sesuai sepatutnya tidaklah sesukar mana. Para blogger boleh mendapatkan perkhidmatan laman web yang menyenaraikan perbezaan pelbagai pakej perisian ini untuk memudahkan proses membuat pilihan. Carta-carta perbezaan pakej perisian ini boleh menjimatkan masa dan tenaga kerana mengandungi banyak maklumat terkumpul di satu lokasi sahaja. Blogger mungkin perlu sedikit maklumat tambahan sebelum dapat membuat keputusan. Artikel ini akan cuba membahaskan maklumat tambahan ini yang mungkin boleh digunakan dalam membuat keputusan seperti bagaimana memahami carta-carta perbandingan tersebut, cara membandingkan pakej perisian dan tip-tip memilih pakej perisian ini.

                  Kriteria Perisian Blogging
                  ————————–

                  Mereka yang berminat untuk memulakan atau mengekalkan sesebuah blog patut faham sepenuhnya kriteria perisian blogging ini sebelum cuba untuk membuat perbandingan pakej perisian tersebut. Sebahagian daripada kriteria ini penting untuk difahami termasuk keperluan minima sesebuah server, penyimpanan data dan editor post. Memahami kriteria-kriteria ini adalah amat kritikel kepada proses perbandingan dan pemilihan pakej perisian blogging.

                  Keperluan-keperluan minima server adalah merujuk kepada keperluan-keperluan minima sesebuah server dimana perisian tersebut akan dipasang. Dalam kebanyakan kes kuasa dan kelajuan sesebuah server itu tidak relevan tetapi sebaliknya ia bergantung kepada kuasa dan kelajuan perisian itu bagi kelancaran operasi perisian blog tersebut. Mungkin juga terdapat kos-kos tambahan yang berkaitan dengan perisian tersebut dan lesen.

                  Penyimpanan data juga adalah merupakan sesuatu yang penting dalam penilaian pakej perisian blogging. Satu flat file merujuk kepada pilihan-pilihan simpanan dimana satu halaman penoh diambil keluar setiap kali blog tersebut diminta oleh browser.Satu data file pula adalah merujuk kepada keadaan atau situasi dimana data untuk blog tersebut dimasukkan ke dalam satu template apabila blog tersebut diminta oleh browser.Sesuatu database pula ialah merujuk kepada pilihan-pilihan simpanan dimana maklumat yang perlu diambil keluar daripada satu flat file dan dimasukkan ke dalam sesuatu template apabila blog tersebut diminta oleh browser.

                  Editor pos pula ialah satu lagi kriteria yang mungkin perlu diberi perhatian oleh seseorang blogger sebelum ia membuat pilihan perisian blogging. Editor pos adalah merujuk kepada jenis editor yang akan digunakan untuk mengisi pos yang disenaraikan di dalam blog tersebut. Cara kemasukan data ini termasuklah pilihan seperti HTML atau JAVA.

                  Perbandingan Pakej Perisian Blogging
                  ————————————

                  Blogger yang mencari pakej perisian blogging patut memberi perhatian kepada perbezaan pakej perisian blogging yang terdapat dalam pasaran. Ini penting kerana jelas sekali ada pakej perisian blogging yang lebih baik daripada yang lain. Ada pakej perisian blogging yang lebih sesuai untuk blog tertentu sahaja. Apabila membandingkan pakej perisian blogging,blogger perlu terlebih dahulu menentukan keperluan blog tersebut.Ini penting kerana ia boleh membantu blogger untuk menyedari yang manakah kriteria yang paling relevan kepada blognya.

                  Memilih Pakej Perisian Blogging
                  ——————————–

                  Selepas membuat penilaian pakej perisian blogging, blogger bolehlah memilih salah satu pakej tersebut. Sebaik-baiknya blogger telah pun membandingkan data yang penting seperti ruang penyimpanan, keperluan-keperluan server dan editor pos. Bagaimana pun blogger juga perlu menimbangkan faktor-faktor lain seperti kos dan versatility. Banyak pakej perisian blogging yang boleh diperolehi secara percuma selain daripada yang perlu dibayar. Blogger perlu menentukan apakah perisian percuma sudah cukup memenuhi keperluan berblognya ataupun sebaliknya.

                  Selepas menimbangkan kriteria dan kos, blogger seharusnya boleh menimbangkan untuk melihat contoh blog yang dibina menggunakan perisian-perisian tersebut. Ini merupakan jalan terbaik dalam menentukan pilihan yang hendak dibuat kerana contoh blog ini dapat menunjukkan kebolehan sesuatu perisian tersebut. Secara umum semakin tinggi kualiti contoh tersebut, semakin tinggilah pula kebolehan perisian tersebut.  Jika ingin melihat maklumat terperinci mengenai perbandingan perisian yang disebutkan dalam artikel ini, anda boleh lihat di http://www.ojr.org/ojr/images/blog_software_comparison.cfm


                  Related Blogs

                    Related Posts with Thumbnails
                    • Share/Bookmark
                    Rss Feed Tweeter button Facebook button Technorati button Reddit button Myspace button Linkedin button Webonews button Delicious button Digg button Flickr button Stumbleupon button Newsvine button Youtube button
                    5 visitors online now
                    5 guests, 0 members
                    Max visitors today: 7 at 06:47 am UTC
                    This month: 22 at 07-11-2010 02:53 am UTC
                    This year: 52 at 02-17-2010 10:10 am UTC
                    All time: 52 at 02-17-2010 10:10 am UTC
                    Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.